8 Feb 2018

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS) TAHUN 2018



BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS) TAHUN 2018

Untuk makluman kepada Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2018. Anda dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti bidang kursus yang telah disenaraikan.

BIDANG KURSUS DAN PERINGKAT PENGAJIAN 

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)  


Juruukur       
Pertanian
Ukur Bahan
Perakaunan
Kejuruteraan
Seni Bina (Architecture)  
Pengurusan Hartanah
Teknologi Maklumat
Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Sains Tulen
Aktuari Sains


Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam  


Aktuari Sains
Perakaunan
Akuakultur
Pergigian
Ekonomi
Perhutanan
Farmasi
Perikanan
Kejuruteraan
Pertanian
Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Perubatan
Keusahawanan
Perubatab Veterinar
Komunikasi
Psikologi
Juru Ukur
Sains Alam Sekitar
Muzik
Sains Biologi Marin
Pelancongan dan Hospitaliti
Sains Bioteknologi
Pendidikan
Sains dan Teknologi Makanan
Pengajian Islam
Sains Komputer
Pengangkutan dan Logistik
Seni Bina (Architecture)
Pengurusan Ladang
Teknologi Maklumat
Pengurusan Hartanah
Ukur Bahan
Pentadbiran Perniagaan
Undang-Undang

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Had Umur  
  • Bagi kursus Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.  
  • Bagi kursus Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.      


SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
  
Kursus Diploma  
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. 
  • Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.      

Kursus Sarjana Muda  
  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3.  Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.   
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.   
  • Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.  
  • Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  • Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.      

Perubatan, Pergigian dan Farmasi  
  • Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.  Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.   
  • Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.    


CARA UNTUK MEMOHON  
Permohonan dibuat melalui ‘online’ dengan melayari sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my  yang telah dibuka bermula 31 Mac  2018. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2018. Pemohon hendaklah  mempunyai e-mel peribadi  yang  aktif.    


MAKLUMAT TAMBAHAN
Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.   Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.   Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.