27 Feb 2018

SEMAK KEPUTUSAN STPM 2017 SECARA ONLINE DAN SMS



KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2017


Berita gembira bagi lepasan STPM 2017 yang sedang menunggu keputusan. Melalui kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada hari ini 27 Februari 2018, tarikh keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 dikeluarkan telah ditetapkan pada 6 Mac 2018 bersamaan pada hari Selasa. Hebahan ini berguna bagi lepasan STPM agar mengetahui tarikh sebenar keputusan dan akan memudahkan mereka bersedia dari segi fizikal dan mental.
 
Menurut kenyataan media tersebut, seramai 43,042 calon STPM telah menduduki peperiksaan ini pada tahun 2017 di 700 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 42,694 atau (99.19%) orang merupakan calon sekolah kerajaan, diikuti 204 (0.47%) adalah calon sekolah swasta, 136 (0.32%) calon persendirian, dan  8 (0.02%) adalah calon sekolah kerajaan negeri.


CARA SEMAK KEPUTUSAN STPM 2017

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12.00 tengah hari pada tarikh tersebut, manakala bagi calon persendirian atau individu keputusan akan dihantar melalui pos.

Keputusan STPM juga boleh di semak melalui Sistem Mesej Singkat (SMS):
STPM RESULT <jarak><No. Kad Pengenalan> ke 15888

Semakan secara dalam talian/ online  boleh dibuat bermula jam 12.00 tengah hari dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia seperti berikut http://www.mpm.edu.my


Berikut adalah Kenyataan Media Majlis Peperiksaan Malaysia. Sila rujuk portal MOE untuk maklumat lanjut.